Onn Hafiz Ghazi berkata tiada paksaan terhadap pelajar kolej TVET untuk menghadiri acara BN di Kluang.Onn Hafiz Ghazi berkata tiada paksaan terhadap pelajar kolej TVET untuk menghadiri acara BN di Kluang.

BN Johor nafi pelajar TVET dipaksa hadir program parti

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Onn Hafiz dan Tee Boon Tsong tile pic 6726Onn Hafiz Ghazi tepis dakwaan Tee Boon Tsong berhubung dakwaan pelajar kolej TVET dipaksa ke program BN.

BATU PAHAT: Barisan Nasional (BN) Johor menafikan dakwaan pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dipaksa menghadiri acara politik parti itu, Sabtu lalu.

“Mana ada. Tiada paksaan,” kata Pengerusinya Onn Hafiz Ghazi mengulas dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) Perling Tee Boon Tsong.

Awal hari ini, FMT melaporkan Tee dari DAP mendakwa beliau menerima aduan pelajar kolej TVET berkenaan dikehendaki menghadiri acara di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang itu.

Tee mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN.

Beliau juga belum membuat laporan polis kerana mahu mendapatkan penjelasan Onn Hafiz dan LHDN terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz berkata perbezaan fahaman politik antara kerajaan negeri dan persekutuan tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha membawa pembangunan serta menjaga kebajikan rakyat.

Sehubungan itu, beliau berkata apa jua keputusan pada PRN Sabtu ini tidak akan mengubah keperluan untuk kedua-duanya bekerjasama.

“Tanggungjawab saya kepada 4 juta Bangsa Johor, tanggungjawab Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada 33 juta rakyat Malaysia.

“Jadi tak kiralah dia dapat sokongan atau tidak daripada Bangsa Johor, dia tetap perdana menteri.

“Walaupun (PH) kalah di Johor nanti, beliau tetap kena bantu kita di sini,” katanya.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.04902
$0.04902$0.04902
+1.49%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs