Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata, pendirian PAS tidak berubah, tidak kira kenyataan dikeluarkan oleh kepimpinan Umno.Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata, pendirian PAS tidak berubah, tidak kira kenyataan dikeluarkan oleh kepimpinan Umno.

PAS tetap pendirian buka pintu kerjasama dengan Umno

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
PN Annuar MusaKetua Penerangan PN Annuar Musa berkata, Annuar menambah, PAS tetap berpegang bahawa perpaduan umat Islam di negara ini akan jadi lebih sempurna jika Umno dan PAS dapat bermuafakat.

MERSING: PAS kekal berpendirian membuka ruang kerjasama dengan Umno demi penyatuan umat Islam, walaupun Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menegaskan sokongan parti itu pada PRN Johor bukan petanda wujudnya kerjasama politik.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Annuar Musa berkata, pendirian PAS tidak berubah walau apa juga kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan Umno.

“Kita menghormati apa juga pendirian Umno, tetapi PAS ada pendirian sendiri,” katanya kepada FMT selepas melawat Bilik Operasi PN Air Merah, Endau.

“Walau apapun kenyataan yang dikeluarkan Umno, ia tidak mengubah pendirian PAS bahawa kita membuka pintu kepada kerjasama dan perbincangan dengan semua parti, lebih-lebih lagi Umno.

Annuar menambah, PAS tidak akan mendahulukan sentimen atau emosi dalam soal hubungan dengan Umno kerana parti itu berpandukan prinsip yang ditetapkan Islam.

“Sebagai parti yang berlandaskan Islam, tanggungjawab kita ialah menyatukan umat Islam. Islam mengajar kita bermuafakat dan bermaaf-maafan, bukan bermusuhan.”

“Kita tetap berpegang bahawa perpaduan umat Islam di negara ini akan menjadi lebih sempurna jika Umno dan PAS dapat bermuafakat serta bekerjasama,” katanya.

Semalam, Zahid berkata, sokongan PAS kepada calon BN pada PRN Johor tidak menjamin sebarang kerjasama politik antara kedua-dua parti selepas pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau berkata, BN menghargai sokongan yang diberikan PAS, termasuk kepada calon MCA dan MIC di kerusi yang tidak ditandingi PN.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan ahli dan penyokong parti itu mengundi calon BN, termasuk daripada MCA dan MIC, di kerusi yang tidak ditandingi PN bagi menyekat kemenangan Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP.

Pada PRN Johor kali ini, PAS bertanding di 11 kerusi DUN, manakala Bersatu bertanding di 16 kerusi, MIPP lima kerusi dan Pejuang satu kerusi.

BN dan PH masing-masing meletakkan calon di semua 56 kerusi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs