Kerajaan negeri perlu terus berfungsi walaupun ada pergolakan politik yang serius, kata penganalisis.Kerajaan negeri perlu terus berfungsi walaupun ada pergolakan politik yang serius, kata penganalisis.

Kepentingan bersama pastikan PAS-Bersatu negeri kerjasama walau pusat bertelagah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Abu Bakar Hamzah Aziz AhmadMenteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah serah watikan pelantikan penyelaras bagi DUN Chuping kepada wakil PAS Aziz Ahmad. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kepentingan bersama akan memastikan PAS dan Bersatu di peringkat negeri terus bekerjasama walaupun pemimpin pusat bergeseran, menurut penganalisis.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata, kerajaan negeri perlu terus berfungsi walaupun ada pergolakan politik yang serius, maka kerjasama di peringkat itu bukan perkara luar biasa.

Beliau mengulas pelantikan pemimpin PAS sebagai penyelaras DUN Chuping, Bintong dan Guar Ganji di Perlis, oleh Menteri Besar Abu Bakar Hamzah.

Tiga kerusi itu diisytiharkan kosong selepas PAS menghentikan keahlian Adun terbabit, susulan kemelut yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu.

Kemelut yang berlaku tahun lalu antara sebab di sebalik terhentinya kerjasama antara PAS dan Bersatu di peringkat nasional.

PAS Perlis merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas pelantikan penyelaras, pada 22 Jun lalu.

“Ini mencerminkan hakikat bahawa politik sering digerakkan oleh keperluan mengekalkan kuasa, kestabilan dan pentadbiran di sesuatu kawasan,” kata Tawfik kepada FMT.

“Pelantikan beberapa pemimpin PAS sebagai penyelaras DUN boleh dilihat sebagai sebahagian usaha menstabilkan keadaan politik negeri selepas krisis tersebut.”

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, kelangsungan menyebabkan perbezaan antara keadaan di negeri dan pusat.

“Kedua-dua parti sedang menyusun strategi yang boleh diterima seluruh rakyat,” katanya.

“Macam Umno dan DAP. Di Johor kata tidak mahu bekerjasama, tetapi di peringkat persekutuan boleh kerana saling memerlukan.”

Susulan kemelut di Perlis, PAS mengumumkan ia menyokong kerajaan negeri namun enggan menerima sebarang jawatan dalam pentadbiran Abu Bakar.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000264
$0.0000264$0.0000264
+1.07%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order