Pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful di bawah platform BJAK.
PETALING JAYA: Platform insurans terbesar di Malaysia, BJAK kini berstatus penasihat kewangan diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM).
Syarikat itu berkata status berkenaan mencerminkan komitmennya menyediakan perkhidmatan perbandingan dan pembaharuan insurans yang lebih telus, selamat serta memudahkan pengguna membuat keputusan berdasarkan keperluan masing-masing.
Menurut BJAK, menerusi platformnya pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful berdasarkan harga, perlindungan serta manfaat ditawarkan sebelum memperbaharui polisi kenderaan.
“Dalam era peningkatan penipuan dalam talian dan maklumat mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.
“Memilih platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan dengan lebih selamat dan yakin,” katanya dalam kenyataan.
Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian bagi memudahkan rakyat Malaysia menguruskan komitmen berkaitan kenderaan secara digital.
Katanya, pendekatan itu membantu pengguna mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa menilai pilihan lain yang mungkin menawarkan nilai atau perlindungan lebih baik.
BJAK turut menyarankan pengguna mengambil empat langkah terbabit:
Layari BJAK.com untuk maklumat lanjut.


