Ketua penyelidik Ilham Centre berkata Umno akan rugi jika bersaing merebut pengaruh pengundi Melayu dalam pakatan kepartian yang sama.Ketua penyelidik Ilham Centre berkata Umno akan rugi jika bersaing merebut pengaruh pengundi Melayu dalam pakatan kepartian yang sama.

Umno sekadar pelengkap jika bersama PAS semula, kata penganalisis

2026/06/11 20:02
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
zahid hamidi hadi awangHadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pimpinan PAS dengan Umno namun Zahid Hamidi menolak kemungkinan menghidupkan semula MN. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno hanya akan menjadi pilihan kedua atau sekadar pelengkap jika memilih menjalinkan kerjasama politik dengan PAS, kata seorang penganalisis.

Berbeza pandangan dengan jangkaan ramai pihak melihat Umno akan kembali menjalinkan hubungan politik bersama parti Islam itu, Ketua Penyelidik Ilham Centre Yusri Ibrahim berkata strategi sedemikian tidak akan menguntungkan Umno.

Katanya, ini kerana kedua-dua parti menyasarkan kumpulan pengundi sama iaitu orang Melayu.

“Sokongan orang Melayu terhadap Umno sekarang rendah, jauh ditinggalkan oleh PAS. Kerjasama politik kepartian dengan PAS hanya menjadikan Umno sebagai pilihan kedua, sebagai pelengkap.

Yusri IbrahimYusri Ibrahim.

“Apabila jadi pemain simpanan yang lebih kerap memanaskan bangku simpanan, pemain yang pernah hebat pun akan hilang bisanya, kesudahannya bersara,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, Yusri bagaimanapun berkata Umno masih boleh menjalinkan kerjasama dengan PAS tetapi terhad kepada aspek nilai dan dasar demi kepentingan ummah.

“Contohnya, bekerjasama merangsang ekonomi Bumiputera, meningkatkan kualiti pendidikan, peningkatan syiar Islam dan sebagainya. Terdapat banyak ruang kerjasama boleh diusahakan.

“Namun, jika kerjasama itu dalam bentuk pakatan kepartian, tetapi bersaing merebut pengaruh dalam segmen yang sama, PAS akan lebih mendominasi, Umno akan rugi,” katanya sambil menolak kemungkinan pembentukan semula Muafakat Nasional (MN 2.0) dalam masa terdekat.

Spekulasi mengenai kemungkinan pakatan itu dihidupkan semula kerap timbul, terutama kini selepas PAS memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Sebelum ini, Presiden PAS Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pimpinan partinya dengan Umno di sebalik seruan menghidupkan kembali MN.

Bagaimanapun, Presiden Umno Zahid Hamidi menolak sebarang kemungkinan menghidupkan semula gabungan MN antara Umno dan PAS yang kini sudah berkubur.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002557
$0.00002557$0.00002557
+1.62%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage