Perintah reman akan dimohon esok agar siasatan lanjut boleh dijalankan, kata ketua polis Tapah.Perintah reman akan dimohon esok agar siasatan lanjut boleh dijalankan, kata ketua polis Tapah.

Polis tahan lelaki didakwa fitnah tok batin berkait Jaslinda

2026/06/11 23:49
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
abdul malik hasimKetua Polis Tapah Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30an itu ditahan di rumahnya di Ipoh tengah hari tadi untuk bantu siasatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memfitnah dan mengaibkan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu berhubung penemuan pendaki wanita Jaslinda Saludin, menerusi siaran langsung di platform TikTok.

Ketua Polis Tapah Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 30an itu ditahan di rumahnya di Ipoh, kira-kira 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan.

“Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Tapah esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, Abdul Malik dilaporkan berkata, kertas siasatan berhubung insiden itu dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, susulan 11 laporan polis yang diterima.

Semalam, lelaki terbabit tampil memohon maaf secara terbuka melalui satu rakaman video susulan kontroversi melibatkan sesi siaran langsungnya di platform TikTok.

Dalam siaran langsung tersebut, dia didakwa memfitnah Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu Pos Musoh Mohd Asmmadi Abdullah dan Jaslinda, mendakwa wanita itu ‘disimpan’ oleh Mohd Asmmadi selama dua minggu.

Dia turut mendakwa, jika perkara terbabit tidak tular, tok batin itu mungkin akan menikahi Jaslinda.

Sabtu lepas, Jaslinda, 49, ditemui selamat oleh penduduk KOA Lubuk Gaharu selepas hilang selama 14 hari sejak 24 Mei ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, di Tapah.

시장 기회
스타 아틀라스 다오 로고
스타 아틀라스 다오 가격(POLIS)
$0.01132
$0.01132$0.01132
+2.81%
USD
스타 아틀라스 다오 (POLIS) 실시간 가격 차트

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage