Francis Hutchinson dari Institut ISEAS-Yusof Ishak kata Putrajaya boleh biaya perkhidmatan utama manakala kerajaan negeri tangani pelaksanaan.Francis Hutchinson dari Institut ISEAS-Yusof Ishak kata Putrajaya boleh biaya perkhidmatan utama manakala kerajaan negeri tangani pelaksanaan.

Beri peranan lebih besar kepada negeri dalam hal kesihatan, pendidikan, kata penyelidik

2026/06/11 22:57
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
skyline putrajayaFrancis Hutchinson dari Institut ISEAS-Yusof Ishak saran Putrajaya pertimbang peranan lebih besar oleh pihak negeri. (Gambar Envato Elements)

GEORGE TOWN: Putrajaya disaran mempertimbangkan peranan lebih besar oleh pihak negeri-negeri dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam terpilih, menurut penyelidik dari institusi pemikir dasar di Singapura.

Francis Hutchinson, felo kanan di Institut ISEAS-Yusof Ishak, berkata langkah ini tidak memerlukan kerajaan persekutuan melepaskan kawalan ke atas pembiayaan.

Sebaliknya, Putrajaya boleh membiayai perkhidmatan utama manakala kerajaan negeri tangani pelaksanaan, memandangkan pihak negeri lebih dekat dengan keperluan tempatan.

“Apabila kita membincangkan tentang tanggungjawab, tidak bolehkah kita berfikiran lebih terbuka bahawa kita boleh memisahkan penyediaan hasil dengan penyampaian perkhidmatan?” katanya sempena forum mengenai hubungan persekutuan-negeri di Penang Institute.

Hutchinson menerangkan aturan sedemikian bukan perkara baharu, menyatakan kerajaan negeri pernah menguruskan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan antara tahun 1948 dan 1957 dengan menggunakan dana persekutuan.

“Jadi ini bukanlah sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Beliau menambah perkhidmatan tidak sepatutnya dilihat secara mutlak sebagai tanggungjawab persekutuan atau negeri, sebaliknya mencadangkan pendekatan berlapis.

Sebagai contoh, sektor pendidikan boleh dikongsi merentasi peringkat, seperti sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, bergantung pada kesesuaian pentadbiran.

Beliau menambah pendekatan sama boleh digunakan dalam sektor pengangkutan: jalan raya yang menelan kos tinggi boleh kekal bawah Putrajaya, manakala negeri atau majlis tempatan boleh mengendalikan pengangkutan awam dan penggunaan jalan raya.

Malaysia beroperasi bawah sistem persekutuan yang secara meluas dianggap sebagai sangat terpusat (centralised), dengan kuasa-kuasa utama ke atas percukaian, pendidikan dan kesihatan. Dasar-dasar besar digubal oleh kerajaan persekutuan.

Isu ini juga dalam skop perbincangan yang lebih luas mengenai keseimbangan kuasa antara persekutuan dan negeri, termasuk tuntutan berterusan daripada Sabah dan Sarawak untuk autonomi pentadbiran yang lebih besar.

Hutchinson berkata negeri-negeri pada masa ini mempunyai perlindungan yang terhad dalam sistem persekutuan, dan tiada mekanisme jelas yang wujud untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Peraturan yang lebih jelas akan membolehkan negeri-negeri diberikan lebih fleksibiliti tanpa melemahkan sistem persekutuan, katanya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002564
$0.00002564$0.00002564
+1.90%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage