Dr Halimah Ali berkata ia 'taktik lama' dipakai pihak lawan yang tidak mahu orang Cina beri peluang kepada PAS.Dr Halimah Ali berkata ia 'taktik lama' dipakai pihak lawan yang tidak mahu orang Cina beri peluang kepada PAS.

Pemimpin PAS bidas ‘peringatan’ Chua kepada pengundi Cina

2026/06/11 23:24
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Halimah Ali, mengingatkan bekas presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, bahawa pengundi hari ini menilai pemimpin atas dasar integriti.

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PAS membidas bekas presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, berhubung ‘peringatan’ beliau kepada pengundi Cina bahawa PAS boleh berkuasa sekiranya mereka memboikot pilihan raya atau merosakkan kertas undi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Halimah Ali, berkata naratif yang menggambarkan partinya sebagai sesuatu yang perlu ditakuti adalah permainan pihak yang tidak mahu masyarakat Cina memberi peluang kepada PAS.

“Ini merupakan taktik lama yang dipakai oleh semua lawan PAS selama ini yang tidak mahu orang Cina ‘jatuh cinta’ pada PAS,” katanya kepada FMT.

Semalam, Chua dalam temu bual eksklusif FMT berkata PAS tidak mungkin dapat merampas kuasa di persekutuan secara mutlak jika pengundi Cina keluar besar-besaran, namun sikap tidak peduli pengundi — terutama di kawasan majoriti Cina atau kawasan sengit — mampu mengubah logik aritmetik kerusi.

Menurut bekas menteri itu, pengundi Cina tidak sepatutnya membiarkan kekecewaan mereka terhadap Pakatan Harapan (PH) bertukar menjadi tindakan berkecuali. Katanya, menolak semua parti atas alasan korup atau tidak berkesan akhirnya mungkin secara tidak sengaja membantu PAS.

Halimah bagaimanapun mengingatkan Chua bahawa pengundi semua kaum hari ini menilai pemimpin atas dasar integriti. “Semua pihak termasuk dari pihak lawan mengakui PAS mempunyai ‘pool’ pimpinan yang tidak mengambil duit pembayar cukai atau duit rakyat ketika menjawat jawatan penting dalam kerajaan.”

Ahli Parlimen Kapar ini menyeru semua pihak menghentikan usaha mencetuskan ketakutan dalam kalangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS.

“Yang diperlukan untuk mencapai hala tuju negara yang mampan dan berdaya maju ialah pembuat dasar yang ikhlas dan ‘rakyat-centric’. Fokus kepada penyelesaian masalah rakyat,” katanya.

Menurut Chua, isu berkaitan PAS itu sudah pun ‘diperdebatkan secara senyap’ dalam kalangan pengundi Cina, dengan sesetengah pemimpin PH menegaskan PAS boleh menawan Putrajaya jika pengundi tidak menyokong gabungan tersebut

Chua mengulas penjajaran semula parti Melayu yang kembali timbul menjelang PRN Johor, dengan FMT melaporkan seorang Ahli Parlimen menyeru kerjasama antara Umno, PAS, dan gerakan baharu pimpinan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

Walaupun ketika ini ia hanya tertumpu di Johor, cadangan tersebut membayangkan kerjasama meluas melibatkan parti berasaskan Melayu yang mampu mengubah landskap politik menjelang PRU16.

Chua berkata, gerakan politik sedemikian menjadikan peratusan keluar mengundi dalam kalangan orang Cina menjadi lebih penting, memandangkan undi Melayu yang lebih berpadu, digabungkan dengan penglibatan orang Cina lebih rendah di kawasan marginal, justeru meletakkan PAS menerajui kepimpinan negara walaupun tanpa sokongan nasional meluas.

시장 기회
ALI 로고
ALI 가격(ALI)
$0.001403
$0.001403$0.001403
+0.64%
USD
ALI (ALI) 실시간 가격 차트

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage