Bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin dan penyokongnya dijangka umum hala tuju politik gerakan itu.Bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin dan penyokongnya dijangka umum hala tuju politik gerakan itu.

Hadi akan rasmi Konvensyen Reset esok

2026/06/12 10:52
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
poster konvensyen reset malaysiaPoster di Facebook Reset yang mengumumkan Presiden PAS Hadi Awang akan merasmikan konvensyen di Tanah Merah, Kelantan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang akan merasmikan Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, esok.

Pada konvensyen itu, bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin dan penyokongnya dijangka mengumumkan hala tuju politik gerakan tersebut.

Hamzah yang pernah menjadi ketua pembangkang melancarkan gerakan Reset pada 14 Feb lalu, sehari selepas dipecat Bersatu susulan pertikaian kepimpinan dengan Presiden Muhyiddin Yassin.

Sejak itu, Ahli Parlimen Larut tersebut dikaitkan dengan rancangan untuk mengambil alih atau menubuhkan parti baharu bersama beberapa pemimpin Bersatu yang turut dipecat termasuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), dan Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor).

Wan Saiful memberitahu Malaysiakini beliau menganggarkan kehadiran sekitar 10,000 orang di konvensyen itu yang berlangsung di Tapak Ekspo Kota Harmoni.

Isnin lalu, Hadi mengumumkan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu bagi meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya baharu bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage