Ketua penerangan Bersatu dakwa sokongan terhadap calon BN serupa sokong kerajaan perpaduan.Ketua penerangan Bersatu dakwa sokongan terhadap calon BN serupa sokong kerajaan perpaduan.

Tun Faisal gesa komponen sokong calon PN, bukan BN

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Tun Faisal Ismail AzizKetua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata kemenangan semua calon guna logo PN tidak kira parti mana ialah kemenangan gabungan itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tun Faisal Ismail Aziz menggesa semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) memberikan sokongan penuh kepada calon gabungan itu, bukan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor.

Ketua penerangan Bersatu mendakwa, sokongan terhadap calon BN serupa sokong kerajaan perpaduan sedia ada.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan (Pengerusi) BN Zahid Hamidi menegaskan bahawa jika BN diberi mandat (di Johor), pendirian mereka akan selari dengan pendirian kerajaan (pusat) PH-BN… menjelaskan bahawa undi BN, sama seperti undi Anwar (Ibrahim), DAP dan PH.

“Ini mengukuhkan lagi justifikasi dan sebab kenapa parti-parti anggota PN perlu memberikan sokongan penuh kepada semua calon PN dan bukan BN,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengarahkan ahli dan penyokong parti itu mengundi calon Umno-BN, bukan Pakatan Harapan di kerusi tidak ditandingi PN.

Tun Faisal menegaskan komitmen dan kesetiaan Bersatu terhadap PN, justeru akan menyokong semua calon yang bertanding menggunakan logo gabungan itu.

“PN bertanding sebagai satu entiti. Kemenangan semua calon yang menggunakan logo PN, termasuk dari Pejuang adalah kemenangan PN.

“Sebagai pemimpin parti anggota dalam PN, ‘brand loyalty’ ini perlu jelas agar kemenangan PN dapat dimaksimumkan,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini PAS bertanding di 11 kerusi, Bersatu (16), MIPP (5) dan Pejuang (1), manakala BN serta PH masing-masing meletakkan calon di semua 56 DUN.

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus