Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penemuan gua itu membuka peluang besar kepada pakar pengkaji dan peminat aktiviti lasak untukRaja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penemuan gua itu membuka peluang besar kepada pakar pengkaji dan peminat aktiviti lasak untuk

Perlis sedia perkenal 83 gua baharu sebagai produk ekopelancongan

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil bergambar kenangan sempena pelancaran Promosi Masakan Perlis di Santubong, Kuching. (Gambar Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis)

PETALING JAYA: Perlis bersedia memperkenalkan 83 gua baharu di sepanjang Banjaran Nakawan sebagai produk ekopelancongan dan destinasi ekspedisi terbaharunya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah penemuan gua oleh Jabatan Perhutanan negeri itu membuka peluang besar kepada pakar pengkaji dan peminat aktiviti lasak, sama ada dari dalam atau luar negara untuk mengadakan siri ekspedisi speleologi.

Selain penerokaan gua, keunikan alam semula jadi Perlis seperti fenomena “awan karpet” pada waktu subuh di puncak Wang Kelian serta beberapa lokasi pendakian lain turut berpotensi diangkat sebagai “gimnasium semula jadi” bagi penganjuran kejuaraan mendaki peringkat antarabangsa.

Tuanku Syed Faizuddin menyampaikan titah itu sempena pelancaran Promosi Masakan Perlis di sebuah hotel di Santubong, Kuching. Ia menampilkan hidangan tradisional Perlis bagi mencerminkan keunikan cita rasa dan warisan kulinari negeri berkenaan, dengan mengetengahkan Kurma Daging Perlis sebagai hidangan istimewa.

Majlis itu diadakan sempena promosi kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027. Ia juga menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara rakyat Perlis dan Sarawak, di samping memperkukuhkan kerjasama dalam mempromosikan warisan budaya, pelancongan dan gastronomi Malaysia.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. Keluarga diraja itu berangkat ke Kuching kali ini bagi menghadiri Rainforest World Music Festival 2026 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong dari 26 hingga 28 Jun lalu.

시장 기회
SUPERFORTUNE 로고
SUPERFORTUNE 가격(GUA)
$0.29123
$0.29123$0.29123
-4.20%
USD
SUPERFORTUNE (GUA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.