Mahkamah Persekutuan memutuskan mereka gagal membangkitkan isu kepentingan awam mencukupi untuk membolehkan permohonan didengar.Mahkamah Persekutuan memutuskan mereka gagal membangkitkan isu kepentingan awam mencukupi untuk membolehkan permohonan didengar.

Kakitangan UM, guru gagal cabar program vaksin Covid-19 kerajaan

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
istana kehakiman Federal CourtMahkamah Persekutuan menolak permohonan pemohon mendapatkan kebenaran merayu untuk mencabar pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 oleh kerajaan, dan diperintahkan membayar kos RM25,000 setiap seorang kepada kerajaan dan UM.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan dua kumpulan untuk mendapatkan kebenaran merayu dalam usaha mencabar pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 oleh kerajaan yang dilaksanakan lima tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Rhodzariah Bujang memutuskan bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan oleh pemohon tidak mempunyai kepentingan awam yang mencukupi untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Turut bersidang Hakim Ahmad Terrirudin Salleh dan Azmi Ariffin.

Pemohon terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Malaya (UM) serta guru sekolah kerajaan.

Mahkamah mengarahkan pemohon membayar kos RM25,000 setiap seorang kepada kerajaan dan UM.

Kumpulan itu berhujah bahawa keputusan kerajaan melaksanakan vaksinasi adalah tidak sah, tidak munasabah dan tidak berperlembagaan kerana dibuat tanpa persetujuan mereka.

Mereka turut mendakwa telah didiskriminasi dan dilayan secara tidak adil kerana tidak mengambil vaksin.

Dalam menolak permohonan semakan kehakiman itu, Mahkamah Tinggi berkata bahawa langkah-langkah yang digubal oleh kerajaan adalah perlu memandangkan penularan virus Covid-19 di seluruh dunia telah mencetuskan pandemik global.

Keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, yang turut menyatakan bahawa pemohon gagal mengemukakan laporan perubatan yang menunjukkan mereka wajar dikecualikan daripada menerima vaksin.

Peguam Amin Anuar dan Adrian Yeow mewakili kumpulan tersebut, manakala Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin dan Siti Norashikin Hassanor mewakili kerajaan.

Peguam Melanie Lim dan Raja Eileen Soraya Raja Aman mewakili pendaftar UM.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.