Mohamad Fazli Salleh berkata politik semasa tidak lagi mengenal istilah 'kubu kuat'.Mohamad Fazli Salleh berkata politik semasa tidak lagi mengenal istilah 'kubu kuat'.

Pagoh, Bukit Pasir bukan lagi kubu Muhyiddin, kata calon BN

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
FAZLI SALLEHCalon BN di Bukit Pasir Mohamad Fazli Salleh sasar tingkat majoriti selepas lebih empat tahun menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

PAGOH: Parlimen Pagoh khususnya DUN Bukit Pasir tidak lagi boleh dianggap kubu kuat Perikatan Nasional (PN) atau Muhyiddin Yassin, kata calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Fazli Salleh.

Beliau menyifatkan politik semasa tidak lagi mengenal istilah ‘kubu kuat’.

Fazli yang juga penyandang DUN itu berkata, kemenangan BN pada PRN lalu walaupun dengan majoriti tipis membuktikan pengundi bawah Parlimen Pagoh mampu membuat perubahan berdasarkan prestasi, bukan semata-mata pengaruh individu.

“Politik sekarang tiada lagi kubu kuat, hari ini boleh jadi kubu kuat esok jadi tempat yang orang lawan boleh dapat majoriti.

“Meskipun orang sebut sebagai kubu kuat PN atau Muhyiddin, saya yakin masyarakat di Bukit Pasir bawah Parlimen Pagoh dapat menilai,” katanya kepada FMT.

Pada PRN lalu, BN menang DUN Bukit Pasir dengan majoriti 198 undi dalam pertandingan enam penjuru. Parlimen Pagoh dimenangi Muhyiddin pada PRU dengan majoriti lebih 10,000 undi.

Jika dipecahkan mengikut DUN, beliau memperoleh majoriti lebih 5,000 undi di Bukit Kepong dan lebih 4,000 di Bukit Pasir.

Bukit Pasir salah satu DUN bawah Parlimen Pagoh yang sering dikaitkan dengan pengaruh kuat Muhyiddin dan Bersatu. PRN kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Fazli, Idzhar Nasirruddin (Perikana Nasional) dan Najib Lep (Pakatan Harapan).

Fazli berkata, walaupun faktor Muhyiddin masih wujud memandangkan bekas perdana menteri ada sejarah panjang dalam politik dan pembangunan di Pagoh, pengundi kini lebih menilai kemampuan wakil rakyat dan prestasi kerajaan negeri.

“Tidak dinafikan ada faktor Muhyiddin sebab beliau orang lama. Beliau sudah lapan penggal menjadi Ahli Parlimen, pernah menjadi Adun dan menteri besar selama dua penggal. Tetapi, saya yakin rakyat DUN Bukit Pasir bijak memilih.

“Mereka memilih bukan dengan emosi tetapi dengan hati dan melihat sendiri apa yang kerajaan negeri lakukan serta apa yang saya sebagai wakil rakyat sudah buat. Prestasi kerajaan negeri menjadi ukuran utama bukan semata-mata sentimen individu,” katanya.

Katanya, keputusan PRU lalu yang menyaksikan Parlimen Pagoh dimenangi Muhyiddin dengan majoriti lebih 10,000 undi tidak boleh dijadikan ukuran mutlak bagi DUN Bukit Pasir.

“Ketika PRN, peratus keluar mengundi sekitar 50% hingga 60%, manakala PRU lebih 70%. Ada faktor pengundi luar yang balik dan isu Covid 19 ketika itu. Jadi, PRN dan PRU tidak boleh dijadikan ukuran sama,” katanya.

Beliau turut menyasarkan untuk meningkatkan majoriti kemenangan selepas lebih empat tahun menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, selain mengambil kira prestasi kerajaan Johor bawah kepimpinan Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002558
$0.00002558$0.00002558
-2.10%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.