Pengerusi PH berkata gabungan itu komited membawa suara rakyat dan mengangkat Johor sebagai negeri maju.Pengerusi PH berkata gabungan itu komited membawa suara rakyat dan mengangkat Johor sebagai negeri maju.

Johor perlukan pemimpin berani, faham rakyat, kata Anwar

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Team PH Pakatan Harapan-Anwar Ibrahim berkata PH akan terus bawa suara dan kepentingan Johor. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Johor memerlukan kepimpinan yang berani membuat keputusan dan memahami keutamaan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim ketika kempen PRN semakin rancak.

Beliau berkata wakil rakyat yang dipilih juga perlu mampu menilai isu dengan bijak serta benar-benar memahami denyut nadi masyarakat setempat.

“Insya-Allah, HARAPAN (PH) akan terus membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan Johor dan mengangkat negeri ini menjadi sebuah negeri yang lebih maju dan hebat untuk semua,” katanya di Facebook.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai depan dengan undi awal empat hari sebelumnya.

Seramai 2,727,926 pemilih layak mengundi yang terdiri daripada 2,703,175 orang pengundi biasa manakala 12,041 tentera serta pasangan dan 12,710 polis serta pasangan.

Semalam, PH melancarkan manifesto bagi PRN Johor dengan menggariskan visi dan pelbagai inisiatif untuk menjadikan negeri itu sebagai ‘Shenzhen Asia Tenggara’.

Gelaran itu merujuk kepada pembangunan pesat Shenzhen yang berkembang menjadi hab teknologi serta bandar ketiga paling ramai penduduk di China selepas beberapa dekad berada di belakang bandar jiran, Hong Kong.

Antara inisiatif utama yang dicadangkan PH ialah program untuk membawa pulang 20,000 tenaga profesional yang kini bekerja di Singapura ke Johor menjelang 2031 menerusi pelbagai insentif pekerjaan dan keusahawanan.

Gabungan itu juga merancang menyediakan perlindungan insurans kesihatan awam sehingga RM100,000 kepada 500,000 rakyat Johor, khususnya golongan B40, M40 dan orang kurang upaya (OKU).

PH turut berikrar memberikan RM8,000 kepada 50,000 keluarga muda bagi membantu pembayaran wang pendahuluan rumah pertama, di samping menawarkan pembiayaan yang lebih mudah, skim sewa beli serta membina 80,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selain itu, PH bercadang memberikan bonus RM1,000 bagi setiap bayi yang dilahirkan di Johor, menubuhkan 250 pusat jagaan kanak-kanak Madani bagi membantu wanita kembali ke alam pekerjaan, serta memperkenalkan pas pengangkutan awam RM50 sebulan untuk pelajar, warga emas dan OKU.

PH turut berhasrat memperkenalkan rangkaian bas pengantara Rapid Transit System Link (RTS) di Skudai, Kulai, Kempas dan Pasir Gudang, dengan menyatakan inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 300,000 rakyat Johor yang bekerja di Singapura.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002773
$0.00002773$0.00002773
0.00%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs