Aidi Amin Yazid berkata pilihan raya negeri bukan medan mencipta tekanan emosi berhubung nasib Najib Razak.Aidi Amin Yazid berkata pilihan raya negeri bukan medan mencipta tekanan emosi berhubung nasib Najib Razak.

Jangan jadikan PRN Johor alat ubah keputusan undang-undang, kata pemimpin PKR

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Najib RazakNazifuddin Najib pada Khamis mendakwa kemenangan besar BN pada PRN Johor akan memberi isyarat rakyat terus menyokong Najib Razak dan berharap bapanya menerima pengampunan diraja. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR menegaskan PRN Johor tidak wajar menjadi alat mengubah keputusan undang-undang, merujuk kenyataan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) akan membuka ruang pembebasan bekas perdana menteri Najib Razak.

Aidi Amin Yazid.Aidi Amin Yazid.

Timbalan Setiausaha Agung PKR Aidi Amin Yazid berkata pilihan raya berlangsung 11 Julai depan itu juga bukan medan untuk mencipta tekanan emosi terhadap kes individu tertentu.

Menurutnya, perkara itu cuba dibangitkan Ketua Umno Langkawi Nazifuddin Najib yang cuba mengaitkan prestasi kukuh Barisan Nasional (BN) di Johor dengan kononnya sokongan rakyat terhadap Najib, termasuk sentimen berkaitan pengampunan diraja.

Jelasnya, pengundi Johor tidak membuang undi sebagai proksi kepada keadaan peribadi mana-mana individu sebaliknya membuat keputusan tentang tadbir urus negeri.

“Pilihan raya negeri Johor bukan referendum terhadap nasib mana-mana individu.

“Ia adalah mandat baharu daripada rakyat Johor untuk membentuk kerajaan negeri, berdasarkan hala tuju dasar, kewibawaan kepimpinan dan kemampuan melaksanakan perkara yang memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Naifuddin pada Khamis berkata kemenangan besar BN pada PRN Johor akan memberi isyarat rakyat terus menyokong Najib dan berharap bapanya menerima pengampunan diraja.

Beliau bagaimanapun mengakui kemenangan BN tidak bermakna Najib akan dibebaskan secara automatik.

Najib, 72, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd, selepas hukuman penjara asal 12 tahun dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu dijadualkan tamat hukuman penjaranya pada 23 Ogos 2028.

Najib turut disabitkan bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, di mana Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun. Beliau telah memfailkan rayuan terhadap sabitan itu.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002781
$0.00002781$0.00002781
+0.28%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs