Perdana menteri berkata bantuan tunai itu juga ditambah baik bagi pastikan ia disalur dengan lebih pantas dan tepat kepada golongan sasar.Perdana menteri berkata bantuan tunai itu juga ditambah baik bagi pastikan ia disalur dengan lebih pantas dan tepat kepada golongan sasar.

STR, SARA bukti kerajaan usaha ringankan kos sara hidup rakyat, kata Anwar

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
anwar ibrahimPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga menunaikan janji dengan menurunkan harga minyak walaupun berdepan pelbagai cabaran. (Gambar Bernama)

KULAI: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pelbagai program bantuan yang diperkenalkan kerajaan adalah bukti usaha pentadbiran Madani dalam meringankan kos sara hidup rakyat.

Pada perhimpunan belia hari ini, Anwar berkata kerajaan pimpinannya memperkukuh penyaluran bantuan tunai dan memperluaskan sokongan kepada golongan berpendapatan rendah sejak mengambil alih pentadbiran pada 2022.

Beliau berkata ada isi rumah kini menerima bantuan sehingga RM1,800, bergantung kepada saiz keluarga, sambil menegaskan sistem penyampaian ditambah baik bagi memastikan bantuan disalurkan dengan lebih pantas dan tepat kepada golongan sasar.

Beliau turut merujuk kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan berkata penerima kini menerima bantuan secara terus tanpa perlu beratur.

“Kena beratur ke untuk SARA? Tak ada. Perlu ke beratur untuk STR? Tak ada. Wang terus masuk ke dalam akaun,” katanya.

Anwar turut menyentuh langkah kerajaan menangani kos sara hidup, termasuk pelarasan harga bahan api serta kenaikan gaji penjawat awam dan anggota polis.

Beliau mempertahankan pelaksanaan reformasi subsidi bahan api oleh kerajaan, sambil berkata kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menurunkan harga bahan api walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Ia tidak mudah, tetapi kita menunaikan janji. Malaysia kini mempunyai antara harga bahan api paling rendah di dunia,” katanya.

Anwar berkata reformasi itu memerlukan masa untuk memberikan kesan sepenuhnya, sambil mengingatkan bahawa pentadbiran terdahulu memerintah lebih enam dekad berbanding kerajaan sekarang yang baru mentadbir selama dua hingga tiga tahun.

“Mereka memerintah lebih 60 tahun. Kita baru dua atau tiga tahun. Kita tidak boleh menyelesaikan semua masalah sekali gus,” katanya.

Beliau menggesa pengundi menilai kerajaan berdasarkan hasil dasar yang dilaksanakan, sambil menambah bahawa inisiatif pembangunan seperti *Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Rapid Transit System Link (RTS Link) juga perlu diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat.

Turut hadir pada program itu ialah Menteri Dalam Negeri Saifuddin Abdullah, Menteri Sumber Manusia R Ramanan, dan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, yang juga Ahli Parlimen Kulai.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.0000285
$0.0000285$0.0000285
+2.77%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs