Hakim berkata penyebaran maklumat palsu boleh membawa implikasi lebih besar apabila membabitkan isu sensitif dan perkara berpotensi mengganggu ketenteraman awamHakim berkata penyebaran maklumat palsu boleh membawa implikasi lebih besar apabila membabitkan isu sensitif dan perkara berpotensi mengganggu ketenteraman awam

Suri rumah didenda RM4,000 sebar maklumat palsu kenaikan harga minyak

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
RON95Nur Nadia Ahmad Johari didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu disertakan infografik palsu mengenai kenaikan harga minyak menerusi aplikasi Threads pada 31 Mac lalu.

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Sepang mendenda seorang suri rumah RM4,000 kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi media sosial berkaitan kenaikan harga minyak.

Nur Nadia Ahmad Johari, 34, mengaku bersalah di depan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu disertakan infografik palsu mengenai kenaikan harga minyak, menerusi aplikasi Threads yang dilihat pada 12.01 tengah hari di Menara SKMM 1, Cyberjaya pada 31 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan Pegawai Pendakwa, Nazrul Nizam Mohd Zamri di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Fuad dalam penghakimannya berkata, pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menunjukkan kesungguhan kerajaan membendung penyebaran kandungan palsu dan jelek yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat.

Jelasnya, penyebaran maklumat palsu boleh membawa implikasi lebih besar apabila membabitkan isu sensitif seperti agama, kaum, institusi diraja serta perkara yang berpotensi mengganggu ketenteraman awam.

“Hari ini mungkin seseorang beranggapan satu hantaran itu perkara kecil, tetapi apabila dikongsi ratusan atau ribuan orang, kesannya menjadi jauh lebih besar kepada masyarakat,” katanya menurut Berita Harian sambil mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs