Nor Zulaila Abd Ghani berkata membesar dalam keluarga Cina-Melayu membantunya berkomunikasi dengan rakyat pelbagai latar belakang.Nor Zulaila Abd Ghani berkata membesar dalam keluarga Cina-Melayu membantunya berkomunikasi dengan rakyat pelbagai latar belakang.

Calon PH berketurunan campuran mahu satukan komuniti di Tiram

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Nor ZulailaCalon PH bagi DUN Tiram Nor Zulaila Abd Ghani berikrar akan mempromosikan pendidikan alam sekitar, menyokong keluarga muda dan memastikan pembangunan memanfaatkan keluarga serta usahawan.

JOHOR BAHRU: Membesar dalam keluarga Cina-Melayu dan belajar di sekolah Cina membantu calon Pakatan Harapan (PH) di Tiram berkomunikasi dengan rakyat pelbagai komuniti.

Nor Zulaila Abd Ghani berkata, kebolehan berbahasa Mandarin dan memahami budaya berbeza datang secara semula jadi hasil didikannya.

“Bapa saya berbangsa Cina dan ibu pula orang Melayu. Ibu bapa saya menghantar saya ke sekolah Cina, jadi saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin,” katanya kepada FMT.

Bekas ahli Majlis Perbandaran Kajang dan setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong itu membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya di DUN Tiram, di mana beliau akan berdepan calon Barisan Nasional, Abdul Halim Suleiman dan dua pesaing lagi.

“Saya mendapat banyak perhatian sejak Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, mengumumkan saya akan bertanding di Tiram. Respons sangat positif semasa turun padang dan kami tidak berdepan isu besar setakat ini.”

Nor Zulaila yang dikritik di media sosial berhubung keputusannya menyertai DAP, mahu membuktikan kemampuannya melalui rekod prestasinya.

“Saya telah berkhidmat sebagai ahli majlis selama lapan tahun. Rakyat boleh cakap apa saja, tetapi saya akan membuktikan kepada masyarakat dan pengundi bahawa saya sedia berkhidmat.”

Anak jati Muar itu berkata, beliau lebih suka bercakap mengenai rancangannya untuk Tiram daripada menyerang lawannya.

Di bawah agenda “Tiram Sejahtera”, beliau berikrar akan mempromosikan pendidikan alam sekitar, menyokong keluarga muda dan memastikan pembangunan memanfaatkan keluarga serta usahawan.

Ibu kepada dua anak itu berkata, beliau memahami cabaran dihadapi ibu bapa muda dan berhasrat memperkenalkan program untuk menyokong mereka.

“Kita tidak boleh menghentikan pembangunan, tetapi ia mesti memberi manfaat kepada semua orang, bukan satu kumpulan saja.”

Beliau juga percaya pengundi muda dan kali pertama boleh menentukan keputusan pilihan raya, serta berharap individu bekerja di luar Johor akan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Graduan sains alam sekitar dari Universiti Putra Malaysia itu berkata, beliau melakukan kerja kemasyarakatan sebelum menceburi dunia politik kerana ingin berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata, keluarganya pada mulanya tidak bersetuju dengan keputusannya menceburi bidang politik.

“Mereka meminta saya cari kerja lain kerana fikir politik tiada masa depan. Mereka kata ia adalah kerja 24 jam dan paling sibuk pada hujung minggu.”

DUN Tiram menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Abdul Halim Suleiman, Khirul Muntanazar Ismail dari Perikatan Nasional, Harith Fakhrudin Abdul Malik (Bersama) dan Nor Zulaila yang mewakili PH.

Calon BN, Azizul Bachok memenangi kerusi itu pada PRN 2022 dengan majoriti 5,281 undi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs