Ahli Parlimen Pasir Mas tak puas hati tidak diberi peluang jawab dakwaan Chong Zhemin berkait isu di Kelantan.Ahli Parlimen Pasir Mas tak puas hati tidak diberi peluang jawab dakwaan Chong Zhemin berkait isu di Kelantan.

Fadhli cabar Ahli Parlimen DAP debat isu Orang Asli, HIV di Kelantan

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahamd Fadhli Shaari berkata beliau sedia berdebat dengan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin di mana-mana platform yang sudi jadi penganjur.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahamd Fadhli Shaari mencabar Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin berdebat di luar Dewan Rakyat berkaitan isu pencerobohan tanah Orang Asli, jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak dan jangkitan HIV di Kelantan.

Fadhli membuat cabaran itu selepas tidak berpuas hati kerana tidak diberi peluang menjawab dakwaan dibangkitkan Chong ketika membahaskan laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2024 di Dewan Rakyat.

“Saya ajak Chong berdebat di luar Parlimen di mana-mana platform, sama ada Astro Awani, Sinar Harian atau mana-mana pihak yang sudi menjadi penganjur.

“Kalau tidak sahut (cabaran) ini, dianggap agak pengecut dan tidak berani,” kata Fadhli semasa mencelah dalam perbahasan tersebut.

Fadhli turut membidas tindakan Chong yang menurutnya menjadikan Dewan Rakyat sebagai medan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Kelantan tanpa memberi ruang kepadanya untuk membuat penjelasan.

Beliau berkata isu-isu hak asasi dan moral merupakan isu nasional yang tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk memburukkan atau menghina mana-mana negeri.

“Kalau benar mahu membincangkan isu ini, bahaskan secara terbuka. Jangan gunakan ruang Parlimen untuk menyerang Kelantan tetapi apabila saya bangun hendak menjawab, tidak diberikan laluan,” katanya.

Terdahulu, Chong dalam perbahasannya membangkitkan beberapa perkara seperti pencerobohan tanah Orang Asli di Kelantan yang tidak selesai dan isu peratusan kes jangkitan HIV yang meningkat di negeri itu.

시장 기회
Massa 로고
Massa 가격(MAS)
$0.00322
$0.00322$0.00322
+0.31%
USD
Massa (MAS) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs