Enam plaintif itu juga dilarang tubuh atau ambil alih kuasa Dewan Keadilan dan Undang (DKU) serta ganggu status quo.Enam plaintif itu juga dilarang tubuh atau ambil alih kuasa Dewan Keadilan dan Undang (DKU) serta ganggu status quo.

SUA DKU dibenar mula prosiding komital terhadap 6 individu

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
mahkamah serembanMahkamah Tinggi Seremban larang enam plaitif mengadakan, memanggil, meneruskan atau menghadiri mana-mana mesyuarat DKU termasuk sidang khas.

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Seremban membenarkan permohonan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Raja Norazli Raja Nordin serta DKU memulakan prosiding komital terhadap dakwaan menghina mahkamah terhadap enam plaintif susulan melanggar perintah injunksi ad interim bertarikh 5 Jun.

Hakim Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas mendengar permohonan itu pada prosiding berlangsung secara sidang video, pada 7 dan 8 Julai, lapor Sinar Harian.

Mahkamah mendapati Raja Norazli selaku defendan pertama dan DKU selaku defendan kedua berjaya mewujudkan kes prima facie bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Mubarak Dohak, Maarof Mat Rashid, Muhammed Abdullah, Abdul Rahim Yasin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri, dan Badarudin Abdul Khalid.

Melalui perintah berkenaan, plaintif dilarang mengadakan, memanggil, meneruskan atau menghadiri mana-mana mesyuarat DKU termasuk sidang khas yang diumumkan pada 5 Jun 2026, selain dihalang daripada menggantung, menyingkir atau mengganggu setiausaha DKU daripada menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Mereka juga dilarang menubuhkan atau melantik mana-mana jawatankuasa atau individu untuk mengambil alih kuasa dan fungsi setiausaha DKU, bertindak atau mengeluarkan kenyataan bagi pihak DKU, membuat atau melaksanakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus dan hal ehwal DKU, serta mengambil apa-apa tindakan yang mengubah atau mengganggu status quo sebagaimana sebelum 21 Mei 2026.

Dalam penghakiman sama, Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan plaintif menangguhkan prosiding komital bagi penghinaan mahkamah.

Mahkamah menetapkan permohonan substantif bagi prosiding komital itu akan didengar pada 28 Julai.

Plaintif diwakili peguam Tuan Awang Armadajaya Awang Mahmud, Mohammed Rhiza Ghazi, Firoz Hussein, Woo J Enn, Asmawi Ismail, dan Emirul Sarifudin Nor Azmi.

Sementara itu, defendan pertama dan defendan kedua diwakili Steven Thiru, Shafrin Halim, dan Gurjeevan Singh Sachdev.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs