Operasi SAR diteruskan bagi mengesan lima kru masih hilang.Operasi SAR diteruskan bagi mengesan lima kru masih hilang.

Tentera Laut Pakistan temui bangkai pesawat kargo hilang

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
bangkai pesawat k2Serpihan pesawat kargo Boeing 737 milik K2 Airways ditemui di selatan Ormara, daerah Gwadar di wilayah Balochistan pada Rabu. (Gambar EPA Images)

ISLAMABAD: Tentera Laut Pakistan pada Rabu menemui bangkai pesawat kargo Boeing 737 milik K2 Airways yang dilaporkan hilang di Laut Arab selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama 12 jam, kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Pakistan (PAA), lapor Xinhua.

PAA dalam kenyataan berkata, bangkai pesawat itu ditemui kira-kira 53 batu nautika di selatan Ormara, sebuah bandar pesisir pantai di daerah Gwadar, wilayah Balochistan di barat daya Pakistan.

Operasi itu melibatkan aset udara dan laut milik Tentera Laut serta Agensi Keselamatan Maritim Pakistan.

PAA memaklumkan operasi SAR diteruskan bagi mengesan lima kru masih hilang dan maklumat lanjut akan dikeluarkan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan operasi.

Pesawat kargo yang dalam penerbangan dari Sharjah ke bandar pelabuhan Karachi di selatan Pakistan itu dilaporkan hilang pada malam Selasa susulan laporan kerosakan pada sistem navigasi, menurut PAA.

Dalam kenyataan terdahulu, PAA memaklumkan pesawat itu sedang dipandu Pusat Kawalan Kawasan Karachi sebelum ia tiba-tiba menjunam, mengubah haluan secara mendadak dan hilang daripada pengesanan radar serta terputus hubungan radio kira-kira 155 batu nautika di barat Karachi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs