Pengerusi PH mengkritik 'ketidaksabaran' Umno di sebalik gesaan untuk mengadakan PRN awal di Negeri Sembilan dan Johor.Pengerusi PH mengkritik 'ketidaksabaran' Umno di sebalik gesaan untuk mengadakan PRN awal di Negeri Sembilan dan Johor.

Saya tak setuju PRN awal, tapi mereka tidak sabar, kata Anwar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata pilihan raya awal terpaksa diadakan di Negeri Sembilan dan Johor akibat ‘wayang kulit’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim tidak bersetuju pilihan raya awal bagi Negeri Sembilan memandangkan kerajaan negeri itu baru memasuki tahun ketiga.

Anwar yang juga perdana menteri mendedahkan beliau menyampaikan rasa tidak puas hatinya kepada Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun, tetapi menegaskan “tiada pilihan (lain)” akibat ketidakpastian daripada Umno, di mana 14 Adunnya menarik sokongan mereka terhadap Aminuddin sebagai menteri besar, sebelum mengubah pendirian mereka.

“Ini adalah ‘wayang kulit’.

“(Kita) terpaksa adakan pilihan raya supaya rakyat boleh buat pilihan,” katanya malam tadi ketika melancarkan jentera pilihan raya PH Negeri Sembilan di Seremban.

Beliau turut mengkritik “ketidaksabaran” Umno di sebalik gesaan mengadakan pilihan raya awal di Negeri Sembilan dan Johor, di mana penggal kerajaan negeri itu masih berbaki setahun lagi.

“Sabarlah sekejap. Lepas tu adakan pilihan raya. Tidak. Nak juga, (mereka) yakin boleh tumbangkan (kerajaan negeri), bukannya tumbangkan Negeri Sembilan. Tak sabar,” katanya sambil menambah semangat perpaduan sepatutnya dikekalkan “sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya akan datang”.

Anwar menggesa pengundi Negeri Sembilan memberi mandat mereka kepada kerajaan pimpinan PH kali ini.

“Jadikan Tok Min (Aminuddin) menteri besar yang sah sekali lagi. Insya Allah, masa depan Negeri Sembilan akan lebih terjamin.”

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) terdahulu, Aminuddin mengetuai kerajaan negeri gabungan yang terdiri daripada PH dan Umno.

Anwar berkata, masa depan negeri adalah untuk pekerja, pekebun kecil, penjaja dan ahli perniagaan, bukannya hanya golongan kaya raya.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan 4 Jun lalu untuk memberi laluan kepada PRN yang akan berlangsung 1 Ogos ini.

Langkah itu menyusul ketegangan politik selama berminggu, yang tercetus bulan lalu apabila semua 14 Adun Umno-Barisan Nasional menarik sokongan mereka kepada Aminuddin.

Umno Pusat kemudian mengarahkan Adun mereka menyokong kerajaan negeri, tetapi pemimpin PH dan Umno secara terbuka menggesa DUN dibubarkan sebagai jalan penyelesaian terbaik.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002561
$0.00002561$0.00002561
-0.15%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage