Ashwad Ismail berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Azlan Johar muncul sebagai pengulas jemputan RTM bagi perlawanan Brazil menentang Maghribi semalam.Ashwad Ismail berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Azlan Johar muncul sebagai pengulas jemputan RTM bagi perlawanan Brazil menentang Maghribi semalam.

RTM nafi Azlan ‘direhatkan’ selepas sertai PAS, kata KP Penyiaran

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ashwad Ismail turut menjelaskan tiada kontrak tetap yang mengikat Azlan Johar untuk mengulas semua 104 perlawanan Piala Dunia 2026. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan dakwaan bekas pemain bola sepak kebangsaan Azlan Johar direhatkan daripada menjadi pengulas siaran Piala Dunia 2026 susulan penyertaannya dalam PAS, Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Azlan masih diberi ruang muncul dalam siaran rasmi RTM sempena temasya bola sepak berkenaan iaitu bagi perlawanan Brazil menentang Maghribi semalam.

“Pengumuman Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada 13 Jun lalu menyatakan Azlan menyertai PAS, namun semalam beliau muncul mengulas perlawanan Brazil menentang Maghribi.

“RTM sendiri yang menjemput Azlan menjadi pengulas bagi perlawanan tersebut,” katanya kepada FMT.

Ashwad turut menjelaskan tiada kontrak tetap yang mengikat Azlan untuk mengulas semua 104 perlawanan Piala Dunia 2026.

“RTM berhak menjemput pengulas jemputan lain sepanjang kejohanan berlangsung.

“Ia juga hak individu lain untuk tampil sebagai pengulas jemputan bagi edisi Piala Dunia kali ini,” katanya.

Ashwad mengulas persoalan dibangkitkan Takiyuddin sama ada tindakan merehatkan Azlan sebagai pengulas sukan RTM bagi liputan Piala Dunia 2026 mempunyai kaitan dengan penyertaannya dalam parti itu.

Sabtu lalu, Azlan antara 15 individu menyertai PAS selain bekas menteri Zaid Ibrahim dan bekas bekas exco Negeri Sembilan Mohamad Rafie Malek.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002769
$0.00002769$0.00002769
+2.13%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel