Bagaimanapun Ahmad Fadhli Shaari berkata Bersatu seolah-olah pilih menentang atau ambil pendekatan lebih konfrontatif terhadap hala tuju semasa gabungan.Bagaimanapun Ahmad Fadhli Shaari berkata Bersatu seolah-olah pilih menentang atau ambil pendekatan lebih konfrontatif terhadap hala tuju semasa gabungan.

Kita mahu Bersatu kekal dalam PN, kata ketua penerangan PAS

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ahmad Fadhli ShaariKetua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata jika Bersatu terus dengan pendirian ‘angkuh’ parti itu mungkin hilang daripada persada politik negara. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata partinya mahu Bersatu terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN), menegaskan perpaduan gabungan itu penting untuk mengekalkan kepercayaan pengundi Melayu.

Bagaimanapun, beliau berkata Bersatu seolah-olah memilih untuk menentang PN atau mengambil pendekatan lebih konfrontatif terhadap hala tuju semasa gabungan itu.

“Sedangkan pendirian kita jelas, kita mahu Bersatu terus berada dalam PN.

“Kita mahu menerima baik rakan dalam parti yang telah dipecat. Kita mahu mengambil tanggungjawab untuk memastikan perkara ini ditangani dengan baik,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberi amaran, jika Bersatu terus dengan pendirian yang disifatkannya sebagai ‘angkuh’, parti itu mungkin hilang daripada persada politik negara.

“Sehebat-hebat tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad juga boleh kehilangan pengaruh politik. Saya tidak rasa nasib Bersatu akan lebih baik berbanding Pejuang,” kata Fadhli.

PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada 8 Jun. Susulan itu, Bersatu berikrar menentang PAS habis-habisan dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan akan datang, sambil menegaskan ia akan bertanding menggunakan lambang PN.

Pada Isnin, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar daripada PAS mengumumkan Parti Wawasan Negara dan Pejuang diterima menyertai gabungan itu selepas mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau berkata, mesyuarat itu berlangsung secara harmoni dan kedudukan Bersatu dalam PN tidak dibincangkan.

Wawasan dilancarkan pada 13 Jun dengan bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, sebagai presidennya.

Minggu lalu, dua pemimpin Bersatu dilucutkan jawatan dalam PN: Azmin Ali disingkirkan sebagai timbalan setiausaha agung gabungan manakala Radzi Jidin digugurkan sebagai pengarah pilihan rayanya.

Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, semalam menuduh Samsuri memaksa kemasukan Wawasan, yang merupakan penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia, walaupun terdapat isu melibatkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Namun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor menegaskan kemasukan Wawasan ke dalam gabungan itu diputuskan menerusi undian majoriti dalam mesyuarat majlis tertinggi.

Pintu kerjasama dengan Umno masih terbuka

Ketika ditanya mengenai spekulasi PAS sedang meneroka kerjasama dengan Umno, Fadhli berkata partinya tidak pernah berhenti menghulurkan tangan untuk bekerjasama.

“Jika Umno boleh bekerjasama, maka ruang itu sentiasa ada. Yang penting, kita tinggalkan perkara yang telah berlalu dan fokus kepada apa yang terbaik untuk masa hadapan.

“Sama ada kita bersetuju dalam semua perkara atau tidak, usaha untuk membina kerjasama itu sentiasa diteruskan,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002611
$0,00002611$0,00002611
+0,19%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order