Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor berkata pembahagian kerusi dibuat atas pertimbangan mengikut keyakinan dan pengalaman parti masing-masing.Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor berkata pembahagian kerusi dibuat atas pertimbangan mengikut keyakinan dan pengalaman parti masing-masing.

Bersatu paling banyak tanding PRN Johor, 34 kerusi bertindih PN selesai

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Sanusi MD NorKetua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor ditemui selepas mesyuarat agihan kerusi gabungan itu di ibu pejabat PAS.

KUALA LUMPUR: Bersatu paling banyak bertanding di PRN Johor pada 11 Julai ini, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Sanusi Nor.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan jumlah keseluruhan DUN ditandingi gabungan itu.

Katanya, pembahagian kerusi dibuat atas pertimbangan mengikut keyakinan dan pengalaman parti masing-masing.

“Ya (Bersatu paling banyak). Pembahagian kerusi ikut keyakinan masing-masing. Timbang pemberat jentera pengundi dan pengalaman pernah bertanding,” katanya selepas mesyuarat agihan kerusi PN di ibu pejabat PAS.

Semalam, Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata rundingan agihan kerusi tersebut belum dimuktamadkan sepenuhnya susulan masih ada DUN bertindih antara parti komponennya.

Sementara itu, Sanusi berkata mesyuarat hari ini juga berjaya menyelesaikan 34 kerusi bertindih antara komponen PN, dan selebihnya terbuka kepada parti masing-masing.

“Saya punya tugas merunding kerusi bertindih. Yang tak bertindih ‘free for all’. Yang bertindih semua selesai,” katanya.

Menurutnya, Pejuang akan bertanding satu kerusi di Bukit Gambir, manakala Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak menghantar permohonan untuk bertanding di Johor.

“Semua akan bertanding di bawah logo PN,” katanya.

Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS memaklumkan parti itu akan mengumumkan calonnya esok di Muar.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05456
$0.05456$0.05456
-1.19%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order