KPDN Kuala Lumpur rampas 10,500 jersi bola sepak tiruan dengan kerjasama wakil pemilik cap dagang.KPDN Kuala Lumpur rampas 10,500 jersi bola sepak tiruan dengan kerjasama wakil pemilik cap dagang.

Jersi tiruan Piala Dunia kos RM6, jual sampai RM50

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Sabri SemanPengarah KPDN Kuala Lumpur Sabri Seman, berkata jersi tiruan itu diperoleh dari China sebelum dijual semula kepada pengguna dan peniaga kecil secara dalam talian. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebanyak 10,500 jersi bola sepak tiruan sempena Piala Dunia dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam serbuan di sebuah bengkel besi, di Kuala Lumpur.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur Sabri Seman, berkata jersi tiruan itu diperoleh dari China pada harga kos RM6 sebelum dijual semula kepada pengguna dan peniaga kecil secara dalam talian pada harga antara RM30 hingga RM50 sehelai.

Dalam serbuan pada 3 petang tadi, rampasan dibuat dengan kerjasama wakil pemilik cap dagang melibatkan nilai keseluruhan RM375,000.

“Premis ini dijadikan sebagai stor penyimpanan serta pusat operasi bagi melakukan aktiviti jualan secara langsung di media sosial dan pembungkusan untuk dipos terus kepada pembeli.

“KPDN memandang serius aktiviti ini dan tindakan tegas tidak hanya terhad pada musim sukan tertentu sahaja kerana penjualan barangan tiruan bukan sahaja mencabuli hak pemilik cap dagang, malah mengelirukan pengguna serta memberi implikasi negatif terhadap ekonomi negara,” katanya menurut Bernama.

Sabri berkata, dalam serbuan itu tiga pekerja warga tempatan berumur 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan, selain KPDN giat mengesan pemilik sebenar premis serta dalang utama aktiviti itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kesemua barangan yang disita akan dibawa ke stor simpanan eksklusif untuk proses pengesahan rasmi oleh pemilik cap dagang sebelum tindakan lanjut diambil.

Market Opportunity
Cap Logo
Cap Price(CAP)
$0.02173
$0.02173$0.02173
-1.80%
USD
Cap (CAP) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.