Perdana Menteri Anwar Ibrahim bidas pengerusi BN Johor kerana menggunakan inisiatif kerajaan persekutuan untuk mencela semasa kempen pilihan raya.Perdana Menteri Anwar Ibrahim bidas pengerusi BN Johor kerana menggunakan inisiatif kerajaan persekutuan untuk mencela semasa kempen pilihan raya.

Tak cerdik jadikan JS-SEZ bahan pilihan raya, Anwar tegur Onn Hafiz

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
anwar ibrahim onn hafizPerdana Menteri Anwar Ibrahim menegur Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi kerana menggunakan JS-SEZ sebagai bahan kempen pilihan raya.

PETALING JAYA: Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi, menggunakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai bahan kempen pilihan raya ditegur perdana menteri, menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘tidak cerdik’.

Anwar Ibrahim berkata JS-SEZ merupakan inisiatif persekutuan yang sedang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri.

Menurutnya, tandatangan berkaitan JS-SEZ masih di antara perdana menteri Malaysia dan Singapura, dan belum sampai ke tahap menteri besar. Projek itu juga sedang berjalan dengan belanja yang tinggi, serta menerima bantuan daripada kerajaan pusat, katanya.

“Jadi tak payah jadikan isu,” kata Anwar kepada pemberita, lapor Berita Harian.

“Sudahlah tak berterima kasih, dia masa kempen untuk mencela, ini tidak kena dan tak cerdik.”

JS-SEZ adalah inisiatif ekonomi rentas sempadan utama antara Malaysia dan Singapura.

Pada 1 Julai lalu, selepas forum eksekutif JS-SEZ, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengumumkan pelan induk dan pelan tindakan JS-SEZ dijangka dilancarkan pada suku keempat 2026.

Menurutnya, dokumen itu telah disediakan, dan agensi kerajaan kini berusaha melaksanakan pelaburan yang dijanjikan bagi zon ekonomi tersebut.

Keesokannya, Onn Hafiz yang juga menteri besar Johor mendakwa kerajaan persekutuan berulang kali menangguhkan pelancaran pelan induk JS-SEZ, mengatakan pada asalnya pelan itu disasarkan untuk diumum pada penghujung 2025, kemudian pada 30 Mac tahun ini.

Menurutnya, pelan induk JS-SEZ tidak sepatutnya dilengahkan kerana ia melibatkan kepastian kepada pelabur, hala tuju sektor, zon pelaburan, insentif, prasarana, pembangunan bakat dan penyelarasan antara agensi.

Katanya lagi, kerajaan tidak perlu menunggu sehingga pertemuan pemimpin Malaysia–Singapura akhir tahun ini kerana ia tidak perlu mendapat persetujuan kerajaan Singapura.

Semalam, Akmal menerangkan pembangunan JS-SEZ tidak pernah tertangguh walaupun pelan induk belum dilancarkan, menyorot perhatian kepada RM76.98 bilion pelaburan diluluskan pada 2025, yang mana 57% sudah bergerak ke peringkat pelaksanaan.

Bagi suku pertama 2026, JS-SEZ mencatat RM5.49 bilion dari segi pelaburan diluluskan, katanya.

Berhubung pelan induk JS-SEZ pula, Akmal menerangkan pelancaran sedang diselaraskan dengan teliti bagi memastikan kesiapsiagaan pelaksanaan, penyelarasan dasar serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Singapura dapat dimuktamadkan dengan baik.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.