Mahkamah Daerah Nicosia keluar susulan permohonan bersama oleh peguam negara Cyprus dan pihak berkuasa antipengubahan wang haram negara itu, Mokas.Mahkamah Daerah Nicosia keluar susulan permohonan bersama oleh peguam negara Cyprus dan pihak berkuasa antipengubahan wang haram negara itu, Mokas.

Mahkamah Cyprus perintah sita vila mewah Jho Low

2026/06/11 19:56
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
jho lowJho Low, yang dituduh seleweng kira-kira USD4.5 bilion daripada 1MDB diberikan kewarganegaraan Cyprus pada 2015. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah di Cyprus mengarahkan penyitaan vila mewah milik ahli perniagaan Malaysia yang sedang diburu, Low Taek Jho (Jho Low) sebagai sebahagian prosiding antipengubahan wang haram, lapor CyprusMail.

Memetik kenyataan Pejabat Peguam Negara Cyprus, laporan itu menyebut Mahkamah Daerah Nicosia mengeluarkan perintah pada Selasa susulan permohonan bersama oleh Peguam Negara Cyprus George Savvides dan pihak berkuasa antipengubahan wang haram negara itu, Mokas.

Peguam yang mewakili Low dilaporkan bersetuju dengan permohonan itu.

Vila yang dianggarkan bernilai kira-kira enam juta euro (RM30.5 juta) itu terletak di bandar peranginan pesisir pantai Ayia Napa dan diperoleh menerusi program kewarganegaraan melalui pelaburan Cyprus yang kini telah dihentikan, atau lebih dikenali sebagai skim ‘pasport emas’.

Permohonan sitaan itu difailkan di bawah undang-undang Cyprus berkaitan pencegahan dan pembanterasan aktiviti pengubahan wang haram dan dipercayai menjadi kes pertama sebuah mahkamah Cyprus mengarahkan penyitaan harta tanpa sabitan jenayah.

Low, yang dituduh menyeleweng kira-kira USD4.5 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diberikan kewarganegaraan Cyprus pada 2015.

Cyprus menarik balik kewarganegaraan Low pada Jun 2024, hampir sedekad selepas beliau memperoleh pasport menerusi pelaburan hartanah di pulau itu.

Menurut laporan itu, walaupun Low dilaporkan disiasat ketika itu, beliau tidak disenaraikan secara rasmi sebagai individu dikehendaki sehingga Oktober 2016, apabila Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage