Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sedang meneliti cadangan meluaskan kelayakan itu kepada ahli keluarga lain, kata pengarahnya di SarawakKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sedang meneliti cadangan meluaskan kelayakan itu kepada ahli keluarga lain, kata pengarahnya di Sarawak

Cadangan pindah kelayakan BUDI Diesel kepada ibu, bapa saudara sedang dikaji

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Di bawah inisiatif BUDI Diesel, diesel bersubsidi dijual pada harga RM2.10 seliter di seluruh negara bermula 1 Julai.

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti permohonan untuk meluaskan kelayakan pemindahan BUDI Diesel kepada ahli keluarga lain.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin, berkata ketika ini pemindahan kelayakan hanya dibenarkan kepada ahli keluarga terdekat, iaitu pasangan, ibu bapa, anak dan adik-beradik, lapor Dayak Daily.

Beliau berkata, permohonan supaya pemindahan kelayakan diperluaskan kepada bapa saudara dan ibu saudara kini sedang dikaji.

“Kami telah menerima banyak pertanyaan dan isu berkaitan, dan kami memahami kebimbangan yang dibangkitkan,” katanya.

Di bawah inisiatif BUDI Diesel, diesel bersubsidi dijual pada harga RM2.10 seliter di seluruh negara bermula 1 Julai.

Matthew turut berkata, lebih 26,000 daripada 37,880 kenderaan komersial yang layak di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di Sarawak telah berdaftar dengan skim itu.

“Kami menggalakkan semua pemilik kenderaan dan syarikat yang layak supaya memohon melalui pejabat KPDN atau secara dalam talian menerusi portal MySubsidi serta menyemak kelayakan masing-masing agar dapat menikmati subsidi diesel yang disediakan,” katanya.

Menurut beliau, KPDN turut memperluaskan kelayakan SKDS kepada kenderaan persendirian milik syarikat dalam kategori jip dan pikap, sebagai tambahan kepada 23 kategori kenderaan yang sebelum ini layak di bawah skim tersebut.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.0000279
$0.0000279$0.0000279
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.