Bekas perdana menteri berkata ia selepas melihat semua calonnya ditolak pengundi pada PRN Sabah yang lalu.Bekas perdana menteri berkata ia selepas melihat semua calonnya ditolak pengundi pada PRN Sabah yang lalu.

Pengundi bukan Melayu bukan lagi ‘deposit tetap DAP’, kata Ismail Sabri

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
Ismail Sabri YaakobIsmail Sabri Yaakob berkata anggapan bahawa pengundi bukan Melayu tidak akan mengundi Barisan Nasional sudah tidak lagi tepat.

LEDANG: Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pengundi bukan Melayu kini tidak lagi boleh dianggap sebagai ‘deposit tetap DAP’ dalam pilihan raya.

Melihat kepada semua calon DAP ditolak pengundi pada PRN Sabah lalu, pemimpin Umno ini percaya tidak mustahil keadaan sama boleh berlaku di Johor, kali ini, apabila menyaksikan sokongan yang diterima Barisan Nasional (BN) daripada pengundi bukan Melayu ketika ini

Katanya, anggapan bahawa pengundi bukan Melayu tidak akan mengundi BN sudah tidak lagi tepat.

“Kita selalu menganggap pengundi bukan Melayu ini tak bersama BN. Itu anggapan kita, tapi pilihan raya lepas di Sabah terutamanya, kebanyakan pengundi bukan Melayu mengundi calon selain DAP.

“Keputusan di Sabah jelas bukan Melayu bukan deposit tetap kepada DAP,” katanya kepada FMT ketika ditemui semasa membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Serom, Nadhirah Afiqah Abdull Rahim.

Ismail menambah keputusan PRN Sabah menunjukkan pengundi bukan Melayu kini lebih terbuka untuk memilih mana-mana parti.

“Bukan Melayu bebas undi sesiapa sahaja dan tidak ada sebab untuk mereka tidak mengundi BN dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Ismail menggesa pengundi bukan Melayu menyokong BN kerana gabungan itu mempunyai peluang cerah untuk membentuk kerajaan negeri.

“Jadi jangan rugikan undi anda, undilah parti yang akan menang iaitu BN,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002766
$0.00002766$0.00002766
-0.86%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.