Pengerusi Barisan Nasional berkata kedua-dua gabungan itu komited kekalkan keharmonian dalam kerajaan perpaduan dengan pendekatan kempen yang matang.Pengerusi Barisan Nasional berkata kedua-dua gabungan itu komited kekalkan keharmonian dalam kerajaan perpaduan dengan pendekatan kempen yang matang.

BN, PH harus elak serangan peribadi di PRN Johor, N Sembilan, kata Zahid

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
zahid hamidiZahid Hamidi berkata BN tidak akan menggunakan serangan peribadi yang melampaui batas dalam pilihan raya negeri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu mengelakkan serangan peribadi serta mengetengahkan kelebihan calon masing-masing sepanjang kempen PRN Johor, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi.

Zahid berkata, kedua-dua gabungan itu komited mengekalkan keharmonian dalam kerajaan perpaduan dengan mengamalkan kempen yang matang tanpa provokasi melampau.

“Beberapa pendekatan telah kami lakukan, antaranya tidak serang satu sama lain walaupun kita berada di gelanggang (sama) di Johor khususnya dan akan ke Negeri Sembilan tetapi kita tidak menyerang melampaui batas.

“Jika ada yang tersasul daripada pihak sana atau pihak sini, kita harus mengendurkan keadaan. Paling penting demokrasi harus diterjemahkan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Zahid berkata, formula kemenangan dalam landskap politik hari ini bukan lagi bergantung kepada usaha menghentam pihak lawan, sebaliknya mengetengahkan kualiti serta kredibiliti calon sesebuah parti.

Beliau menjadikan calon BN di Panti, Dr Naqib Ghazali, dan bekas menteri kesihatan, Dr Adham Baba, yang bertanding di Pasir Raja, sebagai contoh calon yang mempunyai kelayakan profesional yang kukuh.

“Kita harus mempromosikan calon kita seperti di Dr Naqib dan Dr Adham, yang masing-masing merupakan pakar perubatan dan bekas menteri kesihatan., bukan menghentam parti atau calon lain,” katanya.

Zahid turut berkata BN mempunyai hubungan sangat baik dengan PH di peringkat Persekutuan biarpun berdepan persaingan pada PRN Johor.

“Kerjasama antara BN dan PH sangat baik, dan kita kekal bersikap profesional.

“Kita membezakan isu peringkat nasional yang harus kita tangani bersama-sama sebagai anggota Jemaah Menteri dengan isu lain pada peringkat negeri umpamanya,” katanya.

BN dan PH bertanding di kesemua 56 kerusi dalam PRN Johor yang akan diadakan pada 11 Julai. Pengundian awal pula dijadual berlangsung pada 7 Julai.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002773
$0.00002773$0.00002773
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs