Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata semangat Khairy Jamaluddin sepatutnya 'ditiru' menteri besar Johor itu supaya lebih berani dalam kempen PRN.Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata semangat Khairy Jamaluddin sepatutnya 'ditiru' menteri besar Johor itu supaya lebih berani dalam kempen PRN.

KJ patut ‘copy paste’ semangat dia pada Onn Hafiz

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
FAHMI FADZILFahmi Fadzil turut menafikan dakwaan mengenai kelewatan Pakatan Harapan melancarkan manifesto, dengan berkata ia dilakukan pada masa yang tepat.

BATU PAHAT: Pakatan Harapan (PH) menepis dakwaan dibuat Khairy Jamaluddin bahawa gabungan itu seolah-olah meniru manifesto Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir Johor dengan baik.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, sebaliknya berkata semangat yang ditunjukkan oleh bekas ketua Pemuda Umno itu sepatutnya dicontohi Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi supaya lebih berani dan menyahut seruan berdebat dalam kempen PRN Johor.

“Saya lihat Khairy seolah-olah berkempen lebih kuat daripada Onn Hafiz, silap-silap Khairy bersedia untuk berdebat dengan Maszlee Malik.

“Jadi alangkah baiknya kalau Onn Hafiz mempunyai keupayaan, kewibawaan seperti Khairy, patut semangat Khairy itu ‘copy-paste’ pada Onn Hafiz,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk di Kampung Istana.

Khairy semalam mendakwa manifesto PH yang baharu diumumkannya dalah kerja saat akhir yang seolah-olah meniru manifesto BN, selain menyifatkan gabungan itu ketandusan idea apabila terpaksa menggunakan dasar dibuat Onn Hafiz.

Mengulas dakwaan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa pengundi bukan Melayu kini tidak lagi boleh dianggap sebagai ‘deposit tetap’ DAP, Fahmi berkata situasi itu turut dilalui semua parti, termasuk Umno.

Katanya, Umno sendiri juga bukan penerima ‘deposit tetap’ orang Melayu, sambil memberi contoh bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi yang turut menyatakan sokongan kepada PH.

“Saya tak pernah fikirkan mana-mana satu undi itu adalah undi tetap. Kalau contoh sebelum ini, ramai yang beranggapan Puad adalah undi tetap Umno-BN, terbukti hari ini tidak.

“Jadi jawapan balas saya ialah mungkin di kalangan Umno Johor yang mereka anggap sebagai undi tetap ataupun deposit tetap, kenyataan daripada Puad itu membuktikan bukan lagi deposit tetap kepada Umno Johor,” katanya.

Selain itu, Fahmi turut menafikan dakwaan bekas Ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming mengenai kelewatan PH melancarkan manifesto, dengan berkata ia telah dilakukan pada masa yang tepat.

“Bagi PH, kita pilih masa untuk mengumumkan manifesto itu cukup lengkap dan telah mendapat persetujuan daripada pimpinan tertinggi, termasuk perdana menteri dan saya kira ia telah diluncurkan tepat pada masanya.

“Jadi cukup masa setelah kita perkenalkan calon, sekarang dua-dua pihak akan memperagakan manifesto masing-masing,” katanya.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002773
$0.00002773$0.00002773
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.