Perdana menteri menegaskan pembelaan terhadap orang Melayu sepatutnya dibuktikan melalui tindakan dan dasar yang telus, tanpa perlu menjadi slogan berlebihan.Perdana menteri menegaskan pembelaan terhadap orang Melayu sepatutnya dibuktikan melalui tindakan dan dasar yang telus, tanpa perlu menjadi slogan berlebihan.

Jangan laung ketuanan Melayu jika tanah rizab terlepas, kata Anwar

Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen crypto.news@mexc.com üzerinden bizimle iletişime geçin.
anwar ibrahimPerdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Jalinan Mesra PMX Bersama Belia Johor sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi Peringkat Negeri Johor 2026 di Taman Melor, Tampoi hari ini. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menyelar tindakan segelintir pihak yang sering membicarakan soal ketuanan Melayu, namun pada masa sama membiarkan tanah rizab Melayu terlepas ke tangan pihak luar.

Beliau menzahirkan kekecewaan apabila isu berkenaan sering dijadikan modal politik bagi memancing sokongan dan undi ketika pilihan raya, sedangkan pembelaan terhadap orang Melayu sepatutnya dibuktikan melalui tindakan dan dasar yang telus.

“Jangan hanya melaungkan Bumiputera atau Melayu, hidup Melayu apabila dekat pilihan raya, tetapi selepas mendapat kuasa, kontrak Melayu dikaut, projek Melayu dikaut dan harta Melayu juga dikaut.

“Saya ingin bertanya kepada parti-parti yang sering berbicara soal ketuanan Melayu, bilakah kali terakhir kamu mewujudkan tanah rizab Melayu? Yang saya tahu, tanah rizab Melayu banyak yang terlepas kepada orang lain,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra PMX Bersama Belia Johor sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Johor 2026 di Taman Melor, Tampoi di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Selangor yang juga Pengarah Jentera PRN Johor bagi Pakatan Harapan (PH) Amirudin Shari serta Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari.

Anwar yang juga menteri kewangan menegaskan sebagai bukti kesungguhan, buat julung kali dalam sejarah selepas merdeka, kerajaan pimpinannya mengisytiharkan 20.23 hektar kawasan strategik di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu.

Projek Bandar Malaysia yang terletak di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi dijangka memiliki nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion.

Perdana Menteri berkata langkah itu membuktikan komitmen kerajaan dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, tanpa menafikan hak kaum lain untuk turut menikmati pembangunan negara.

“Projek-projek masyarakat Cina kita tidak halang, supaya orang Cina dan India merasakan mereka ada tempat untuk dibangunkan. Tetapi janganlah kita gunakan slogan ketuanan Melayu hanya untuk kepentingan politik,” katanya.

Anwar berkata agenda memperkasakan usahawan Bumiputera terus menjadi keutamaan melalui pelbagai inisiatif konkrit, termasuk pelancaran program Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) SParK 2026: Transformasi Niaga, hari ini.

Menerusi program itu, PUNB menyasarkan kelulusan pembiayaan hingga RM2.25 bilion bagi tempoh 2026 hingga 2030, bagi memperkukuh pembangunan usahawan Bumiputera.

Perdana Menteri berkata dasar membantu orang Melayu tidak perlu menjadi slogan yang dilaungkan secara berlebihan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.0000285
$0.0000285$0.0000285
+2.77%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen crypto.news@mexc.com ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs