Eksekutif syarikat penerbangan memberitahu pendengaran PAC yang Malaysia memerlukan pelan infrastruktur jangka panjang, bukan sekadar bertindak selepas masalahEksekutif syarikat penerbangan memberitahu pendengaran PAC yang Malaysia memerlukan pelan infrastruktur jangka panjang, bukan sekadar bertindak selepas masalah

Perancangan lapangan terbang terlalu reaktif, kata wakil syarikat penerbangan

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
airasiaKLIA kini tersepit di antara dua pesaing serantau, kata bekas eksekutif MAG. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perancangan lapangan terbang Malaysia terlalu reaktif, kata seorang eksekutif industri penerbangan kepada pendengaran Parlimen tahun lalu, sambil memberi amaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berisiko ketinggalan berbanding pesaing serantau ketika beberapa kemudahan utama sudah melebihi kapasiti.

Izham Ismail yang ketika itu pengarah urusan kumpulan Malaysia Aviation Group berkata KLIA kini tersepit antara Singapura dan Bangkok.

Menurutnya, keadaan terbabit menyebabkan Malaysia berada dalam kedudukan tersepit.

“Kita tersepit antara dua gergasi besar: satu sangat kukuh dari segi ekonomi, satu lagi sangat kuat dari segi aliran pelancongan,” katanya pada pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai pengurusan lapangan terbang awam pada 19 Feb 2025, seperti direkodkan dalam Hansard.

“Jadi, amat penting satu program transformasi yang kukuh dilaksanakan. Risikonya sudah semakin hampir.”

Izham membandingkan pendekatan Malaysia dalam mengurus kapasiti syarikat penerbangan dengan India dan China, yang menurutnya menggunakan strategi lebih tersusun dan diterajui kerajaan bagi melindungi kepentingan penerbangan domestik.

Beliau memberi contoh pendekatan India yang menggunakan kaedah radius terkawal bagi pemberian slot penerbangan di bandar utama.

“Mereka melukis bulatan sejauh 5,000km. Mana-mana syarikat penerbangan yang berada dalam lingkungan 5,000km itu tidak boleh mendapat slot tambahan ke lapangan terbang bandar utama seperti Delhi, Mumbai, Chennai dan sebagainya,” katanya.

“Jadi, syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia yang lain perlu mencari laluan lain untuk ke India, termasuk melalui destinasi atau lapangan terbang tier kedua.”

Beliau turut merujuk amalan China yang menetapkan laluan antarabangsa tertentu kepada syarikat penerbangan utama milik negara sebagai contoh perancangan berstruktur yang belum dimiliki Malaysia.

“Begitulah cara permainan ini. Kita tidak ada perkara itu.

“Tetapi hakikatnya, Malaysia ada dua produk yang pengguna mahukan… pasaran percutian digerakkan oleh AirAsia, manakala pasaran premium digerakkan oleh Malaysia Airlines dan Batik Air, sebagai contoh,” kata Izham.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Fareh Mazputra Fairuz yang turut memberi keterangan pada pendengaran itu, berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga sudah melebihi kapasiti maksimumnya.

Beliau berkata pertumbuhan penumpang tahunan AirAsia antara 8.85% hingga 10% bermakna infrastruktur lapangan terbang perlu dibina lebih awal daripada permintaan, bukan hanya selepas kapasiti menjadi masalah.

“Lihat bagaimana Singapura membuat perancangan awal dan mempunyai visi sebelum mencapai kapasiti maksimum. Mereka sudah merancang pengembangan dan suntikan modal untuk kekal relevan di rantau ini,” katanya.

“Bagi kita, kebanyakan masa kita bertindak secara reaktif. Ini titik pahit bagi kami,” katanya, sambil menambah AirAsia mahu mengembangkan rangkaian antarabangsa dari Pulau Pinang dan Sabah, namun terbatas akibat kekangan kapasiti.

Fareh berkata Malaysia memerlukan pembangunan lapangan terbang jangka pendek dan jangka panjang yang lebih tersusun, bukan pendekatan yang disifatkannya sebagai “sentiasa memadam kebakaran”.

Terdahulu hari ini, PAC mengeluarkan laporannya yang mengandungi dapatan berhubung isu di Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan lapangan terbang awam.

Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata syarikat penerbangan lebih mengambil berat mengenai kejayaan pelan transformasi MAHB berbanding struktur pemilikannya, selain menggesa pelaburan modal lebih tinggi, peningkatan standard operasi dan penglibatan industri yang lebih besar dalam perancangan lapangan terbang negara.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002502
$0.00002502$0.00002502
-4.24%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.